Ulser pada Kornea Mata!
by Marina Mansor
Tahukah anda bahagian kornea mata?
Kornea mata adalah permukaan jernih yg berada di hadapan mata hitam kita.
Apakah fungsi kornea mata?
Fungsi kornea mata adalah lapisan yg membenarkan cahaya untuk masuk ke dalam mata.
Apa itu ulser pada kornea?
Ia merupakan penyakit pada kornea mata di sebabkan adanya jangkitan dari bakteria, fungus atau virus.
Apakah punca ulser pada kornea?
Kebiasaanya ia berpunca dari kecederaan kecil pada mata atau disebabkan pemakaian kanta lekap dengan penjagaan yang tidak rapi.
Tahukah anda ulser pada kornea boleh menyebabkan seseorang itu hilang penglihatan yang kekal dan seterusnya boleh kehilangan mata. Jika anda mengalami tanda-tanda di bawah sila berjumpa doktor untuk rawatan lanjut:
Tanda-tanda:
- Mempunyai rasa sakit yang agak teruk pada mata.
- Mata menjadi merah.
- Mara kerap berair.
- Mata rasa seperti berpasir.
- Mata akan sensitif pada cahaya.
- Penglihatan kabur.
- Sukar untuk membuka mata.
- Terdapat kesan berwarna putih pada kornea mata.
Rawatan:
Bergantung pada peringkat jangkitan. Rawatan terdiri daripada ubat titis mata, ubat pil atau suntikan pada kornea mata.