Ulser kornea; Simptom & langkah pencegahan.

by Nurul hafizah mizan .

Patient B hadir ke premis dengan masalah berkaitan mata merah dan sakit yang sudah berlanjutan selama 2 hari. Selepas melalui soal selidik, di ketahui bahawa patient B adalah merupakan pemakai kanta lekap. Optometrist kami telah melakukan pemeriksaan anterior mata menggunakan slit lamp  dan di dapati pada kornea mata patient B telah terdapat ulser mata. Oleh kerana ulser mata adalah keadaan medikal yang merupakan kecemasan, patient B di refer terus ke bahagian kecemasan hospital. 

 

Berikut merupakan maklumat mengenai Ulser kornea. 

1. Tanda - tanda/simptom ulser kornea:

  • Mata berair dan merah berserta sakit mata.
  • nanah bersama air mata
  • Perasaan seperti ada bendasing dalam mata.
  • Sensitif pada cahaya
  • Penglihatan yang kabur
  • Mata bengkak
  • Tanda putih atau kelabu pada permukaan mata.

Ulser kornea selalu terjadi pada sebelah mata sahaja. 

 

2. Bagaimana terjadinya ulser kornea & punca-puncanya.

Ulser kornea boleh terjadi di sebabkan pelbagai faktor. Antaranya seperti di bawah; 

  • Abrasi kornea: Bakteria boleh menyebabkan infeksi pada luka di kornea mata. Abrasi kornea boleh terjadi akibat daripada kuku yang panjang, habuk kasar pada mata dan pelbagai lagi
  • Mata kering yang terlampau: Air mata merupakan kaedah utk mata mencuci permukaan secara semulajadi. Kekurangan air mata boleh menyebabkan permukaan kornea yang kasar dan merbahaya. \
  • Masalah kelopak mata: Penyakit - penyakit yang menyebakan masalah penutupan kelopak mata boleh menyebabkan timbulnya masalah mata kering. 

3. Rawatan yang di perlukan:

  • Ulser kornea di rawat dengan sama ada dengan ubatan atau surgeri , bergantung kepada keadan kornea mata. 

 

Jika anda mengalami simptom - simptom seperti di atas, sila dapatkan nasihat daripada optometrist berhampiran anda. 

Anda boleh whatsapp Azza optometry untuk pertanyaan: http://www.wasap.my/6011-56916092