Tahukah anda apa itu Selaput Luar mata iaitu Pinguecula dan Pterygium?
by Marina Mansor
Apa itu Pinguecula?
Pinguecula ialah kondisi dimana ketumbuhan pada mata iaitu kawasan konjungtiva atau kawasan mata putih yang tidak mengganggu bahagian kornea mata.
Apa itu Pterygium?
Pterygium pula ialah kondisi dimana ketumbuhan pada mata yg meliputi dan terkena bahagian kornea mata. Ia tidak berbahaya dan tidak mendatangkan masalah yang serius tetapi memerlukan rawatan sekiranya ia sudah mengganggu penglihatan.
Punca:
Pendedahan terhadap sinaran UV merupakan penyebab utama pertumbuhan pterygium ini.
Faktor lain, pterygium juga sering terjadi pada mereka yang berkulit cerah.
Simptom & Tanda:
- Rasa tidak selesa spt mata berpasir
- Mata menjadi merah dan kering
- Rasa seperti ada benda asing di dalam mata
Rawatan:
- Jika tidak mengganggu penglihatan, mata berasa kering dan tidak begitu selesa, ubat titis mata atau air mata tiruan akan di beri kepada pesakit.
- Jika ia sudah mengganggu penglihatan, pesakit akan dirawat dengan melakukan pembedahan membuang ketumbuhan itu.
Bagi mengurangkan risiko pertumbuhan pterygium, guna lah cermin mata hitam atau topi bila berada di bawah sinaran cahaya matahari atau kawasan luar.