Penyakit keturunan? Penglihatan menjadi sempit? Jom ketahui apa itu retinitis pigmentosa!

by Marina Mansor

Penyakit keturunan? Penglihatan menjadi sempit? Jom ketahui apa itu retinitis pigmentosa!

Sumber google(sumber fundus gambar dari Google)

Apa itu retinitis pigmentosa (RP)?

Ia adalah penyakit keturunan yang menyebabkan pesakit kehilangan medan penglihatan peripheral (penglihatan sisi) pada kedua-dua mata secara perlahan-lahan.

Retinitis pigmentosa (RP) merupakan kumpulan penyakit pada retina yang dapat menyebabkan penderitanya mengalami rabun malam serta gangguan penglihatan yang berkembang secara bertahap, hingga akhirnya mengalami kebutaan.

Retina adalah lapisan di belakang mata yang berfungsi untuk menangkap cahaya dan mengubahnya menjadi signal untuk di hantar ke otak.

 

Tanda-tanda RP:

  • Rabun malam (Penglihatan menjadi teruk pada malam hari)
  • Photophobia (Sensitif pada cahaya)
  • Photopsia (Melihat cahaya seperti kilat dalam mata)
  • Penglihatan terhad (Penglihatan menjadi sempit)
  • Penglihatan kabur
  • Perubahan pada penglihatan warna
  • Kebutaan

 

Setakat ini tiada rawatan yg khusus utk mengubati penyakit retinitis pigmentosa. Penyakit ini boleh di pantau melalui medan penglihatan dan juga imej belakang mata (fundus) mata pesakit.

Pesakit hanya akan diberi konsultasi, alat bantuan penglihatan dan juga akan di beri latihan sekiranya keadaan penglihatan mata menjadi semakin teruk. 
Jom dapatkan pemeriksaan mata untuk mengetahui tahap kesihatan mata anda!