PENTINGNYA PENGLIHATAN YANG BAIK UNTUK KANAK-KANAK!

by Marina Mansor

PENGLIHATAN KANAK-KANAK

Masalah rabun atau masalah penglihatan pada kanak-kanak seringkali diabaikan kerana anak kecil ini tidak mengetahui apa itu penglihatan kabur atau jelas. Jika tidak di rawat, ia boleh menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah dalam pembelajaran atau mendapat penyakit seperti mata malas.

 

MEMBUAT PEMERIKSAAN MATA SEBELUM MEMASUKI ALAM PERSEKOLAHAN

 

  • Sebelum memasuki alam persekolahan, ibubapa dinasihatkan membawa anak-anak kecil ini melakukan pemeriksaan mata di hospital, klinik atau kedai optometri.
  • Jika masalah penglihatan mata ini tidak dirawat awal, pembelajaran kanak-kanak ini mungkin akan terjejas. Pembelajaran mereka juga mungkin akan terganggu dan menyebabkan mereka ketinggalan dibanding kan rakan-rakan yang lain.

 

TANDA-TANDA MASALAH PENGLIHATAN PADA KANAK-KANAK

 

  • Menonton televisyen pada jarak yg dekat
  • Menulis atau membaca pada jarak yg dekat
  • Mengecilkan mata ketika melihat jarak jauh
  • Selalu gosok mata/ mata sering berkelip
  • Selalu meniru rakan sebelah untuk menyalin pada papan dihadapan
  • Mata tidak selari (juling)
  • Sering menelengkan kepala/ kepala sedikit senget
  • Sering terlanggar barang atau jatuh
  • Sering mengadu sakit kepala

 

Jadi anda sebagai ibu bapa harus menitik beratkan dan prihatin tingkah laku anak-anak kecil ini. Bawa lah mereka melakukan pemeriksaan mata sebelum mereka memasuki alam persekolahan lagi!