Pengawalan rabun jauh kanak - kanak.

by Nurul hafizah mizan .

Rabun jauh dan kanak - kanak makin hari makin menjadi kebiasaan pada zaman ini. Dengan kebiasaan ini, perlu kah ibu bapa risau?

Ya. Ibu bapa yang mempunyai anak yang di diagnos mempunyai rabun jauh ( myopia) perlu risau. Lagi - lagi untuk jangkamasa panjang jika rabun anak anda saban tahun makin bertambah. 

Pada tahun 2050, di jangka 50% kanak - kanak akan mempunyai rabun jauh. Tanpa kawalan rabun jauh ( myopia control ), kanak - kanak akan membesar dan rabun jauh akan boleh menyebabkan komplikasi masalah mata yang lebih serius seperti; 

  • Glaukoma
  • katarak
  • Penglihatan terhad. 

Dengan pembesaran kanak -kanak, kenaikan rabun jauh tidak dapat di elakkan, akan tetapi ia dapat di kawal dengan kaedah - kaedah yang sudah terbukti berkesan.

Kawalan rabun kanak - kanak (myopia management) merupakan langkah yang paling bagus untuk mengelakkan masalah - masalah seperti di atas. Antara contoh - contoh kawalan rabun jauh kanak - kanak yang boleh di dapati di sini adalah;

  1. Pemakaian bingkai cermin mata dengan kanta kawalan rabun jauh khas untuk kanak - kanak. Untuk penerangan lanjut, sila hubungi optometrist kami : http://www.wasap.my/6011-56916092
2. Terapi kanta malam ORTHO-K ( orthokeratology): Terapi ini merupakan kaedah kawalan rabun kanak - kanak yang kedua paling efektif. Dengan terapi ini, kanta separa keras akan di pakai sewaktu tidur malam & di tanggal waktu pagi,kanak - kanak akan bebas melakukan aktiviti harian tanpa gangguan cermin mata di samping dapat mengawal rabunnya.  Untuk membaca mengenai Ortho-k, sila klik link sini.