Medan penglihatan & pesakit strok

by Nurul hafizah mizan .

Adakah anda atau mereka di kalangan ahli keluarga anda di diagnosis mempunyai strok. Jika ya, adakah anda tahu penglihatan untuk mereka yang mempunyai strok adalah tidak normal seperti penglihatan biasa. 

Penglihatan manusia bergantung pada 2 faktor; mempunyai mata yang sihat untuk memproses informasi yang diterima & mempunyai pusat processing penglihatan di dalam otak yang sihat. Efek strok pada kehilangan penglihatan adalah bergantung pada lokasi di mana terjadinya kerosakan pada otak. 

 

Secara amnya, mereka yang mempunyai strok atau brain injury yang efek medan penglihatan sebelah kanan akan mempunyai kehilangan medan penglihatan belah kiri ( pada kedua-dua mata). Begitu juga mereka yang mempunyai strok atau brain injury yang efek medan penglihatan sebelah kiri akan mempunyai kehilangan medan penglihatan belah kanan ( pada kedua- dua mata). Secara medikalnya, masalah ini di istilahkan sebahai Hemianopsia. 

Di bawah adalah gambaran penglihatan untuk homonymous hemianopsia. Ganguan medan penglihatan di bahagian yang sama pada kedua-dua mata. 

Left homonymous Hemianopsia. Pesakit ini hanya boleh melihat pada objek bahagian kanan sahaja bagi kedua - dua belah mata. 

 

Right Homonymous Hemianopsia. Pesakit ini hanya boleh melihat pada objek bahagian kiri sahaja bagi kedua-dua belah mata. 

 

Jika anda mempunyai kenalan yang mempunyai masalah penglihatan, boleh la periksa mata bersama optometrist kami. Sila klik link untuk appointment: TEMUJANJI