Mata malas iaitu Amblyopia berpunca di awal usia kanak-kanak.

by Marina Mansor

Tanda pada kanak-kanak yang mengalami Amblyopia jarang di temui kerana mereka masih boleh melihat dengan menggunakan penglihatan sebelah mata yang baik. Mereka juga tidak mengadu mempunyai masalah penglihatan yang kabur kerana  mereka merasakan penglihatan mata mereka itu adalah normal seperti orang lain.

 

Apa itu Amblyopia?

 

Amblyopia atau dikenali sebagai mata malas adalah merujuk kepada penglihatan kabur yang tidak dapat lagi di rawat oleh cermin mata, kanta lekap atau melalui pembedahan ini kerana ia melibatkan rangsangan pada otak.

 

Bagaimana ia terjadi? Ia terjadi kerana ada sesuatu yang menghalang pandangan pada mata, info imej yang di hantar pada otak tidak dapat diterjemah dan menyebabkan imej kelihatan kabur. Oleh itu, mata yang mempunyai penglihatan yang kabur akan di abaikan oleh otak dan menjadi Amblyopia.

Perbezaan penglihatan normal dan kabur 

Punca Amblyopia?

 

  1. Rabun mata yang tidak di rawat.
  2. Juling pada mata.
  3. Abnormal pada fizikal mata seperti kerosakan atau cacat pada kornea, katarak atau ptosis (dimana bahagian kelopak mata turun sedikit atau jatuh sehingga menutup anak mata.)

 

 

Amblyopia ini masih boleh di rawat tetapi ia memerlukan pemeriksaan di awal usia kanak- kanak ini masih kecil lagi. Ibu bapa bawa lah anak- anak kecil ini melakukan pemeriksaan mata sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan lagi.