Kepentingan air mata dan apa itu mata kering?

by Marina Mansor

Tahukah anda bahawa air mata penting untuk mengekalkan kesihatan mata dan untuk memberi penglihatan yang jelas?

Fungsi Air mata ialah:

  • pelincir dan merata kan permukaan mata
  • Mengelakkan risiko infeksi pada mata
  • Mengeluarkan benda asing pada mata
  • Mengekalkan penglihatan yg jelas

Mata kering di mana keadaan mata yang kekurangan air mata untuk melembapkan permukaan mata.

Antara gejala mata kering ialah:

  • sensitif pada cahaya
  • Mata gatal dan merah
  • Penglihatan menjadi kabur
  • Mata seakan berair
  • Terasa berpasir

 

Antara penyebab mata kering ialah:

  • Faktor umur
  • Jantina
  • Ubat-ubatan
  • Masalah pada status kesihatan
  • Masalah pada struktur mata
  • Keadaan persekitaran

 

Rawatan:

  • Permulaan rawatan, pesakit akan di beri ubat titis mata iaitu airmata tiruan. Jika ia berlarutan dan penyebab infeksi pada mata, pesakit di nasihatkan berjumpa doktor.
  • Pesakit juga boleh mengambil minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3 utk mengurangkan gejala mata kering.
  • Pesakit juga di nasihatkan sering kelip atau menutup mata secara berkala bagi mengurangkan ketidakselesaan pada mata.

 

Dapatkan pemeriksaan mata berkala untuk mengetahui kesihatan mata anda.