Kenapa Ibu bapa perlu mengawal rabun anak - anak mereka?

by Nurul hafizah mizan .

Walaupun rabun merupakan keadaan mata yang normal di zaman sekarang, ibu bapa seharusnya lebih peka dengan keadaan mata anak mereka kerana rabun yang tinggi boleh mendatangkan pelbagai penyakit mata ketika anak-anak mereka sudah dewasa kelak. 

Kawalan rabun di kalangan kanak-kanak dapat membantu memperlahankan pemanjangan bola mata kanak-kanak. 

Dengan kawalan ini, pelbagai penyakit seperti katarak, glaukoma, retinal detachment dapat di elakkan. 

Rabun jauh terjadi kerana cahaya yang memasuki mata tertumpu di hadapan retina berbanding pada retina. Rabun jauh akan terjadi apabila bebola mata memanjang dari depan ke belakang ( axial length increase)

 

 

Cermin mata kanta utk rabun jauh mempunyai kecenderungan untuk menambahkan lagi axial length pada mata kanak - kanak, jesteru itu rabun kanak - kanak akan makin bertambah, kerana kanak -kanak masih lagi dalam proses pembesaran. Pembesaran mata hanya akan stabil pada umur 20 tahun. 

PROGRAME KAWALAN RABUN KANAK-KANAK mempunyai pelbagai pilihan terapi untuk memperlahankan proses kenaikan rabun anak anda, antaranya yang boleh di dapati di Malaysia adalah 

1. Kanta cermin mata myopia control. 
2. Pemakaian kanta ORTHOKERATOLOGY LENS ( ORTHO-K) sewaktu malam. ( Terbukti berkesan dalam menurunkan kadar kenaikan myopia sebanyak 50%)

 

Klik link untuk melihat testimonial pemakai kanta ORTHO-K bersama kami:

Ortho-k testimonial AZZA OPTOMETRY. 

Utk mendapatkan appointment berkenaan kanta ORTHO-K, sila klik link di bawah.

APPOINTMENT