Juling Intermittent exotropia Atau Juling sekali sekala!
by Marina Mansor
Juling Intermittent exotropia
Intermittent Exotropia adalah satu jenis juling yang kerap ditemui dikalangan kalangan kanak- kanak di Malaysia. Juling ini terjadi apabila mata ke luar.
Juling intermittent juga dikenali sebagai juling sekali sekala di mana ia terjadi apabila otot mata keletihan, kurang sihat atau kurang fokus.
Pergerakan mata kita di kawal oleh otot. Mata manusia mempunyai 6 otot. Juling berlaku sekiranya otot mata ini lemah atau berlaku kerosakan saraf padanya.
Juling ini adalah juling keluar sekali sekala, boleh berlaku pada satu mata atau kedua-dua belah mata secara bergilir. Kawalan juling pula boleh berubah-ubah sepanjang hari.
Oleh itu, adalah penting pengesanan juling dilakukan terhadap kanak -kanak ini agar rawatan bersesuaian dapat diberikan seawal mungkin serta kesan jangka panjang dapat ditangani bersama-sama. Ia dapat mengelak kan juling ini menjadi kekal dan seterusnya boleh menyebabkan mata menjadi mata malas di mana mata tidak mendapat bacaan yg normal pada visual acuity (VA).
Jom bawa anak-anak cek mata dengan Optometrist kami di Azza Optometry bagi memastikan mata mereka dalam keadaan yg sihat!