Jom ketahui apa itu penyakit mata KERATOKONUS!

by Marina Mansor

Kenali apa itu Keratokonus!

 

Kami dikunjungi oleh seorang wanita berbangsa india mempunyai sejarah penyakit mata keratokonus. Dia ingin mendapatkan rawatan bagi menambahbaik penglihatan matanya. Pesakit yang mempunyai penyakit mata keratokonus memerlukan kanta lekap khas (Rose-K atau Menicon-K) dan rawatan pembedahan jika ia semakin teruk.

 

Keratokonus adalah satu penyakit mata yang berlaku pada kornea mata. Ia terjadi apabila kornea mata semakin menipis dan berbentuk kon. Kemudian ia akan mengganggu penglihatan seseorang apabila cahaya atau imej yg masuk ke dalam mata menjadi tidak sekata.

 

 

Antara simptom keratokonus adalah:

 

  • Penglihatan masih tidak baik dengan cermin mata
  • Kuasa mata rabun silau yang tinggi
  • Kerap menukar cermin mata
  • Kerap sakit kepala dan pedih bahagian mata
  • Mata silau dan sensitif pada cahaya
  • Sukar untuk memandu pada malam hari
  • Kerap gosok mata
  • Penglihatan kabur dan kadangkala nampak berganda

 

Jika anda ada mengalami gejala seperti di atas, segera dapatkan pemeriksaan mata bersama optometris untuk mengetahui tentang mata anda dengan lebih lanjut.

Jemput datang ke Azza Optometri kerana di sini kami menyediakan perkhidmatan dan bantuan untuk pesakit keratokonus melalui kanta lekap khas.