Glaukoma berkait dengan tekanan mata yang tinggi!
by Marina Mansor
Apa itu glaukoma?
Ia adalah penyakit mata yang akan merosakkan saraf pada optik mata (optic nerve). Fungsi saraf optik membawa imej ke otak manusia. Jika ia tidak di rawat, ia akan menyebabkan buta kekal pada mata pesakit. Tanpa rawatan, tahap medan penglihatan pesakit akan beransur-ansur kurang dan mengecil sehingga buta.
Bagaimana ia berlaku?
Hampir kesemua kes Glaukoma berlaku apabila tekanan pada bebola mata yang tinggi menekan dan merosakkan saraf optik. Juga ada penyebab lain seperti ketidakupayaan pada mekanisme saraf mata.
Faktor dan risiko Glaukoma?
- keturunan atau sejarah keluarga menghidapi glaukoma
- Faktor usia
- Menghidapi penyakit seperti kencing manis atau darah tinggi
- Penggunaan ubat steroid berpanjangan
- Migraine
Glaukoma terdapat 2 jenis iaitu:
- Glaukoma sudut tertutup
- Glaukoma sudut terbuka
Ujian yg sering dilakukan bagi mengesan Glaukoma:
- visual acuity (ujian penglihatan)
- Mengambil bacaan tahap tekanan pada bebola mata.
- tahap tekanan normal 10-20mmHg
- visual field (medan penglihatan)
- Funduscopy (pemeriksaan belakang mata)
Rawatan:
- Ubat-ubatan (ubat titis mata)
- Rawatan laser (membuat lubang pada iris mata)
- Pembedahan (dilakukan sekiranya ubat dan rawatan laser tidak lagi berkesan)
Anda di sarankan melakukan pemeriksaan mata secara berkala untuk mengelak dan mengesan penyakit mata seperti glaukoma ini. Jemput datang ke Azza Optometry dengan membuat pemeriksaan funduscopy bersama kami untuk memantau kesihatan mata anda!