Dry eye atau Masalah mata kering.

by Nurul hafizah mizan .

Apa itu dry eye atau dalam bahasa di panggil mata kering?

Pernahkah anda mengalami simptom - simptom seperti berikut;

  • mata rasa berpasir
  • mata rasa penat
  • selalu rasa ada sesuatu dalam mata. 
  • mata merah
  • terlalu sensitif dengan cahaya. 
  • gatal mata

Jika ya, anda pernah mengalami salah satu simptom di atas, anda sebenarnya sedang mengalami masalah mata kering atau dry eye. 

Kadang  - kadang, mata yang selalu mengeluarkan air mata yg banyak secar tiba - tiba juga merupakan simptom dry eye. Sila bertanya optometris anda untuk penerangan lanjut. 

Apakah punca masalah mata kering? Ia bukan sekadar kerana anda berada dalam bilik berpenghawa dingin sentiasa, banyak faktor yang menyebabkan masalah mata kering, antaranya ;

  • Proses penuaan yg mengakibatkan hormon tidak stabil.
  • Pengambilan ubatan, salah satu seperti antihistamine.
  • Penyakit yang menyebabkan kekeringan seperti  Sjogren's syndromerheumatoid arthritis, dan penyakit kolagen. 
  • Masalah mata yang menyebabkan kelopak mata tidak boleh tutup sepenuhnya terutama sewaktu tidur malam. 

Untuk mengetahui cara nak pulihkan masalah mata kering, anda haruslah menjalani pemeriksaan mata kering dahulu. Pemeriksaan ini boleh di lakukan secara manual oleh pakar optometri atau secara berkomputer oleh pakar optometris. Optometris akan menerangkan langkah - langkah seterusnya berdasarkan hasil dari pemeriksaan itu. 

Di Azza Optometry, kami melakukan pemeriksaan mata kering secara manual dan juga komputer. Anda juga boleh melihat sendiri di kawasan mana yang kering di permukaan mata anda. 

Jemput datang untuk pemeriksaan mata anda hari ini. 

Klik utk appointment http://www.wasap.my/6011-56916092