Degenerasi Makula ( Age related macular degeneration)

by Nurul hafizah mizan .

Pada minggu lepas. praktis optometri Azza telah dikunjungi oleh pelanggan tetap kami Pn A yg ingin menukar cermin matanya. Sebagai Pusat optometry, sudah menjadi tanggungjawab optometrist sebagai pakar penglihatan untuk menyaringi semua penyakit mata berdasarkan simptop - simptom dan komplen yang diberikan oleh pelanggan. Sebelum kami meneruskan pemeriksaan tahap rabun, pemeriksaan fundus merupakan pemeriksaan wajib kami lagi-lagi untuk mereka yang berumur.

Selepas melakukan pemeriksaan fundus, optometrist kami mendapati Pn A mempunyai Age- related macular degeneration ( ARMD) atau makular degenarasi. Pn A kini faham kenapa pandangannya kian kabur. Surat refereral telah di berikan untuk rawatan lanjut ke pakar mata. 

 

 

Apakah itu DEGENERASI MAKULA?

Makula adalah bahagian saraf (retina) dalam mata yang paling penting untuk melihat objek dengan jelas dan warna yang betul.

Degenerasi makula adalah perubahan tidak sihat pada bahagian saraf (retina) dalam mata tanpa penyebab yang nyata yang boleh menyebabkan gangguan pandangan kekal.

ARMD adalah merupakan salah satu penyebab kebutaan di kalangan warga emas. Secara umumnya lebih kurang 30-50 juta orang penduduk dunia telah terjejas akibat penyakit ini. ARMD boleh menyebabkan seseorang sukar melakukan aktiviti seperti membaca dan mengecam muka seseorang.

Apakah gejala / tanda-tanda ARMD?

ARMD boleh menjejaskan 1 atau kedua-dua mata.

ARMD peringkat awal : Tiada tanda atau gejala

Pesakit mungkin tidak menyedarikan sebarang perubahan sekiranya hanya satu mata terjejas kerana masih boleh melihat dengan baik menggunakan mata yang sebelah lagi.

 

Apakah rawatan bagi ARMD?

Setakat ini tiada rawatan yang berkesan bagi menyembuhkan sepenuhnya mata pesakit ARMD.

Buat masa kini, rawatan yang diberikan adalah untuk melambatkan ARMD dari melarat serta membantu memulihkan pandangan pesakit.

Apakah yang boleh anda lakukan bagi mengelakkan ARMD?

  • Cuba kekalkan berat badan yang sihat.
  • Galakkan pengambilan makanan berkhasiat seperti sayuran hijau, buah-buahan seperti buah oren, betik, mangga dan lain-lain. Lebihkan pengambilan ikan di dalam diet.
  • Jangan merokok.
  • Kawal tekanan darah sebaik mungkin (tahap normal) dan kawal masalah kesihatan yang berkaitan seperti kencing manis dan lain-lain.
  • Lindungi mata anda dari sinaran cahaya matahari dengan memakai cermin mata gelap atau memakai topi semasa di luar rumah atau bangunan.
  • Segera berjumpa Doktor Mata (Oftalmologis) sekiranya anda mengalami gangguan penglihatan yang berterusan.

 

 

Dapatkan pemeriksaan mata yang komprehensif bersama kami di Azza optometry. Klik untuk temujanji: Temujanji