Anisometropia atau perbezaan yg ketara antara power mata kiri dan kanan.
by Marina Mansor
Anisometropia atau perbezaan yg ketara antara power mata kiri dan kanan.
Apa itu Anisometropia?
Perbezaan rabun yang ketara antara dua mata iaitu kiri dan kanan. Selalunya perbezaan yg rendah tidak memberi masalah berbanding perbezaan ketara yang bermula dari kuasa rabun mata 2.00D ke atas.
Kebiasaannya ada juga yg mengalami anisometropia tetapi tidak mengadu ada masalah penglihatan. Ini kerana, ia hanya menggunakan satu mata untuk melihat dengan jelas. Sekiranya tidak di rawat di peringkat awal, ia boleh memberi kesan yang serius dan sukar untuk dirawat pada masa akan datang.
Simptom yg dialami Anisometropia:
- Penglihatan kabur
- Kerap sakit kepala
- Sensitif pada cahaya
- Susah memandu waktu malam
- Mata selalu berasa penat
- Penglihatan berganda (double vision)
Rawatan:
- Cermin mata
- Kanta lekap
- Pembedahan atau laser mata
- Pemasangan IOL bagi kes-kes tertentu seperti aphakia
Jom dapatkan pemeriksaan mata untuk mengetahui adakah penglihatan mata anda dalam keadaan baik!