Adakah anda rasa anak anda mempunyai mata juling? Baca selanjutnya utk cara merawatnya.

by Azza Optometry Centre

MATA JULING? BAGAIMANAKAH CARA MERAWATNYA?
Mata juling adalah keadaan di mana mata tidak sejajar antara satu sama lain. Dalam erti kata lain, sebelah mata dipalingkan ke arah yang berbeza dari mata yang lain. Dalam keadaan biasa, enam otot yang mengawal pergerakan mata bekerjasama dan menghalakan kedua-dua mata pada arah yang sama. Individu dengan mata juling mempunyai masalah dengan kawalan pergerakan mata dan tidak dapat mengekalkan penjajaran okular normal (kedudukan mata). Menjelang umur 3 hingga 4 bulan, mata bayi sepatutnya boleh fokus pada objek kecil dan mata harus lurus dan sejajar. Bayi berusia 6 bulan sepatutnya boleh memfokus pada objek dekat dan jauh. Strabismus biasanya muncul pada bayi dan kanak-kanak kecil, dan selalunya pada masa kanak-kanak berumur 3 tahun. Walau bagaimanapun, kanak-kanak yang lebih tua dan juga orang dewasa boleh mengalami mata juling.
Prosedur untuk mengenalpasti juling
• Sejarah pesakit (untuk menentukan simptom yang dialami oleh pesakit, sejarah keluarga, masalah kesihatan umum, ubat-ubatan yang digunakan dan sebarang kemungkinan punca simptom yang lain)
• Ketajaman penglihatan (membaca huruf daripada carta mata, atau memeriksa tingkah laku visual kanak-kanak kecil)
• Refraksi (memeriksa mata dengan satu siri kanta pembetulan untuk mengukur cara ia memfokuskan cahaya). Kanak-kanak tidak perlu cukup umur untuk memberi maklum balas lisan apabila memeriksa cermin mata.
• Ujian penjajaran dan fokus
• Pemeriksaan selepas mengembangkan anak mata untuk memeriksa kesihatan struktur dalaman mata
Rawatan untuk mata juling
• Cermin mata atau kanta lekap: Digunakan pada pesakit dengan masalah rabun. Dengan cermin mata atau kanta lekap, mata akan lebih relaks dan mungkin membantu mata juling untuk kekal lurus.
• Kanta prisma: Kanta khas yang boleh membengkokkan cahaya memasuki mata dan membantu mengurangkan mata juling untuk melihat objek.
• Ortoptik (latihan mata): Untuk menguatkan daya menumpu. Ia juga boleh menguatkan otot mata.
• Ubat-ubatan: ubat titis mata atau suntikan toksin botulinum jenis A (seperti Botox) boleh melemahkan otot mata yang terlalu aktif. Rawatan ini boleh digunakan dengan, atau menggantikan, pembedahan, bergantung pada situasi pesakit.
• ‘patching’ atau menutup sebelah mata: Untuk merawat amblyopia (mata malas), jika pesakit mengalaminya pada masa yang sama dengan mata juling. Penambahbaikan penglihatan juga boleh meningkatkan kawalan mata juling.
• Pembedahan otot mata: Pembedahan mengubah panjang atau kedudukan otot mata supaya mata dijajar dengan betul. Ini dilakukan di bawah anestesia dengan jahitan yang boleh larut. Kadangkala orang dewasa ditawarkan pembedahan mata juling boleh laras, di mana kedudukan otot mata diselaraskan selepas pembedahan.
Ditulis oleh: Aqilah.